Sabtu, 18 April 2015

Tolong jaga aku! 3

Sudah seminggu Tuan Mokhtar hilang. Semenjak itu anak-anaknya termasuk Aliya mengambil posisi di pejabat. Pada masa yang sama penyiasat upahan terus mencari Tuan Mokhtar.

"Along, masih belum ada info apa-apa ka?"

"Aliya, sabar. Orang-orang kita memang tengah mencari ayah. Bagi masa sikit, ya."

"Semoga ayah sihat-sihat saja. Menyesal Aliya selalu abaikan ayah selama ni."

"Yalah, along pun sama. Tinggalkan ayah kt Malaysia, walaupun dah berkali ayah minta along balik. Cuma along perlukan sedikit ruang untuk bina kerjaya along sendiri."

"Along janji ya cari ayah sampai jumpa."
Esak tangis Aliya kedengaran. Dia memeluk abang sulungnya. Rindu dia pada pelukan ayahnya.

...............

"Harini pak cik nak ikut ke warung Salima boleh ke? Boleh pak cik tolong mana yang patut."

"Boleh sangat, pak cik. Ayah pun dah lama tak jenguk luar."

Sampai di warung Salima, memori Ahmad terus menangkap figur kedai itu. Ya, dia pernah ke sini mengajak anak beranaknya mencuba menu utara. Namun, mereka enggan kerana kedai ini kedai biasa, tepi jalan dan sebagainya. Maka, mereka sekeluarga tidak jadi makan di situ.

"Pak cik, kenapa lama betul pandang gerai saya? Pak cik ada ingat apa-apa ke?"

Ahmad segera tersedar dari lamunannya. Dia segera menafikan pertanyaan Salima.

"Tak, pak cik tak ingat apa-apa."

"Pak cik, mari masuk. Hari ni pak cik dengan ayah tolong Salima jaga kaunter ya."

"Salima ni memang anak yang baik, rajin dan bersungguh-sungguh. Pak cik percaya suatu hari nanti takdir akan berpihak pada kamu."

"Syukur sangat, pak cik. Walaupun warung ni kecil, tapi untungnya bagus. Saya memang bercadang untuk besarkan lagi kedai ni. Cuma masih kumpul duit."

Bermula jam 8 pagi, pelanggan sudah membanjiri untuk sarapan pagi. Nasi lemak, nasi kukus, roti canai dan kuih muih begitu cepat laris.

................

"Eh, Nina. Cuba kau tengok tu. Muka macam Tuan Mokhtar la. Apa dia buat kat sini?"

"Isy, mana? Pelanduk dua serupa kot. Diorang mana la makan kedau tepi jalan."

"Bukan makan. Tu ha tengah jaga kaunter."

"Dah lama ke pak cik tu kerja sini? Takkan la Tuan tu. Orang lain tu."

"Lagipun Tuan Mokhtar kat luar negara sekarang. Tu yang anak sulungnya balik sekejap ganti."

"Aah la kan. Aku lupa yang Tuan Mokhtar ada conference di Shanghai."

"Lagipun, tak usahlah jaga tepi kain orang."

Pekerja pejabat Tuan Mokhtar berlalu pergi tanpa berhasrat memberitahu apa yang mereka baru sahaja lihat tadi. Lagipun, kalau diberitahu apa faedahnya? Bukannya Tuan Mokhtar hilang tak dijumpai.

.................

"Along, Aliya rasa Aliya dah jumpa ayah."

Adnan terus bangun dari kerusinya.

"Jumpa di mana, Aliya?"

"Kawan Aliya cakap, diorang ada nampak seseorang yang mukanya macam ayah. Tapi mustahil ayah kerja di warung makan tepi jalan. Jadi, mereka pun tak tegurlah."

"Ayah buat apa kat situ?"

"Aliya rasa memang betul ayah tu. Abang, jom kita pergi tengok."

Kereta terus membelah trafik menuju ke destinasi yang dikhabarkan oleh kawan-kawan Aliya.

Dari jauh, mereka memerhatikan gelagat seorang lelaki tua di kaunter. Begitu cekap bekerja seolah-olah sudah lama bekerja di warung. Mengambil pesan dari pelanggan dan mengelap meja.

"Betul ke tu ayah, Aliya? Ayah mana pernah buat kerja tu semua. Tapi orang tua tu cekap semacam je."

"Along, jom la turun. Kita pastikan sendiri dengan mata kepala kita."

Mereka pun duduk di meja di luar. Kemudian, lelaki tua tersebut datang ke arah mereka mengambil pesanan.

"Ya encik. Nak makan apa? Nak minum apa?"

Tiada raut terkejut. Wajah lelaki tua itu biasa-biasa sahaja.
Usai makan, mereka masuk semula ke dalam kereta.

"Takkan ayah tak cam kita, Along. Pelik ni."

Adnan hanya diam. Berfikir.

...................

Salima berjalan tergesa-gesa. Dia perlu ke bank atas urusan pinjaman untuk warungnya. Bimbang tak sempat sampai sebelum bank tutup.

Aduh!
Dia terlanggar seorang wanita. Habis bertaburan fail di tangannya.
Salima cepat-cepat mengutip semula fail dan menyerahkan semula pada wanita tersebut.

"Awak ni tak nampak, ke? Main langgar je."

"Maaf, puan. Saya tergesa-gesa nak ke bank, takut bank tutup. Tak perasan puan."

"Eh, sekejap. Awak ni yang kerja di warung tepi jalan tu kan? Dasar orang miskin, tak ada adab."

"Puan, apa masalah puan sebenarnya?"
Salima mula tercabar.

"Okaylah. Macam ni. Aku bagi amaran. Kau takkan dapat sesen pun harta kami. Jangan berangan."

Wanita tersebut terus berlalu pergi. Puas hatinya. Akhirnya dia dapat berdepan dengan orang yang memperguna ayahnya sampai dia tidak kenal lagi anak-anak sendiri.

Salima bingung. Tak masuk akal. Perempuan gila agaknya. Moodnya berubah. Tiba-tiba ada perempuan bercakap kurang sopan dan menghinanya.

........................

Prittttt.......
Bunyi tayar kereta mengcengkam jalan. Bau hangit menusuk hidung. Tubuh Salima terasa melayang disambar sesuatu.

Badannya terasa sengal kerana tersembam ke tanah.

Dilihatnya seseorang lelaki sedang menahan kesakitan di sebelahnya.

"Encik, encik, kenapa ni?"
Salima cemas.

Pemandu kereta tersebut turun membantu. Dia memapah lelaki tersebut ke tepi. Salima hanya ikut di belakang. Bahunya terasa sakit. Tapi cuma rasa lenguh, tidak ada yang patah.

"Saya minta maaf. Saya tak sempat buat apa-apa bila puan terus melintas. Mujur encik ni ada tadi. Jadi macammana? Nak ke hospital ke?"

"Eh, aku okay. Luka-luka saja ni. Kau okay?"
Pandangannya terus menghala ke Salima.

"Saya pun okay."

Kemudian pemandu tersebut berlalu pergi. Mujur tiada yang cedera parah.

"Lain kali jangan berangan waktu lintas jalan."

Salima hanya mengangguk.

"Aku pergi dulu."

Salima sekali lagi mengangguk.

"Ehh, sekejap. Siapa nama encik? Macammana saya nak balas jasa encik selamatkan saya tadi?"

"Nama aku Adnan."

Kemudian lelaki itu terus berlalu pergi sambil memegang bahu kanannya. Mungkin luka kecil kerana kemalangan tadi.

....................

Nasib Salima hari ini kurang baik. Sudahlah dilanggar perempuan yang tiba-tiba menghinanya kemudian hampir dilanggar kereta pula.

Salima tetap membuka warungnya walaupun badannya masih rasa sengal.

Kejadian kemalangan itu tidak diberitahu pada ayahnya. Bimbang ayah risau. Lagipun, kemalangan kecil sahaja.

Tiada ulasan: