Sabtu, 18 April 2015

Temuduga guru ganti

Bismillah

Assalamualaikum wbt,

Kalau tengok tajuk mesti dah tahu apa ceritanya kan?
Lepas saya grad pada februari 2015, saya memang duduk di rumah saja.
Kawan-kawan lain semua dah pegang duit sendiri, bawak kereta sendiri,
Saya masih sendiri (eh, takde kaitan) maksudnya saya masih menganggur.

Walaupun begitu, bukan menganggur goyang kaki.
Tak baik, buang masa membazir.

Jadi sementara menunggu keputusan salah satu universiti di utara ni, saya pun mohon la untuk jadi guru ganti.

Setelah beberapa minggu, saya ada dapat info bahawa sekolah lama tempat mak saya mengajar dulu, ada kekosongan untuk guru bahasa Inggeris. Teacher tu nak pergi kursus sebulan. Apa lagi, terus saya isi borang la.

Tibalah hari temuduga, huhu. Sebelum tu memang ada baca blog yang cerita pasal guru ganti. Macam-macam pengalaman, dari rasa biasa-biasa saja terus rasa seram.

Pukul 10 tepat dah sampai depan PPD. Jumpa kakak di kaunter, katanya tuan yang patut saya jumpa tu ada mesyuarat di tempat lain, laaaa pulak dah!

Ok, kakak tu mintak saya duduk dulu. Kemudian dalam 10 minit lepas tu, dia suruh saya naik tingkat atas, bahagian pengurusan sekolah dan jumpa encik sorang ni. Haaaa.. part ni debar...

Sebab dari sumber yang boleh dipercayai, tuan yang sepatutnya temuduga saya itu, orangnya cakap lembut dan peramah.

Encik yang baru ni, saya tak pasti. Dengar-dengar, kaunselor sekolah. Orang muda. Alamak, habis kena basuh ni.

Tunggu punya tunggu, encik ni tak sampai-sampai. Alahai neves yang tadi hilang dah sikit.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki dalam pejabat tu. Sah, inilah orangnya berdasarkan nametag di baju.

"Tunggu sat naa, saya ada meeting, takpa dak?"
Mukanya serius.

Saya angguk sajalah. Takkan nak kata tak boleh, kan?

Kemudian dia masuk 15minit selepas itu. Dia melambai suruh saya masuk ke dalam pejabat dia. Tengok gaya dapat rasa, ketegasannya.

Saya duduk di kerusi depan meja encik tadi. Belakang saya ada whiteboard. Hmm...
Kemudian saya serah dokumen yg diperlukan. Haa part ni kena make sure check dulu apa dokumen yang diperlukan. Nanti penat saja datang jauh-jauh.

Bermulalah sesi temuduga.

Encik: elaun di Korea berapa sebulan?

Saya: (terkejut, apa kena elaun dengan guru ganti. Mungkin saja nak mula perbualan, hilang neves). Adalah dapat rm#### sebulan untuk sara hidup.

Encik : (membelek semua dokumen saya) kakak bila grad?

Saya: feb tahun ni, 2015.

Encik: kakak ada mintak kerja lain tak?

Saya: saya akan sambung belajar, bulan 9 ni. Kebetulan saya dapat maklumat ada cikgu bahasa inggeris sekolah ni akan pi kursus sebulan. Tu saya mintak untuk jadi guru ganti.

Encik: memang nak sekolah ni ka? Tak tentu dapat tau. (Cubaan provok). Kalau ada orang lain mintak, mungkin dapat kat dia. Jadi awak tak dapat langsung la sebab awak dah tetapkan nak sekolah ni. (Cubaan provok) sebab ada saja sekolah yang lebih dekat. Tapi sebab awak dah tetapkan nak sekolah tu, nanti kita tengok dulu macammana.

Saya: saya tak kisah pun mana sekolah, encik. (Jawapan pun mcm dah x berapa sure, habislah). Saya mintak sekolah tu sebab dah ada maklumat yang yakin sekolah tu perlukan cikgu.

Encik: ok, saya nak tengok kakak mengajar.

Bayangkan perasaan masa tu, ok subjek english pulak tu...

Encik: ni kakak nak mengajar darjah berapa?

Saya: darjah satu. (Hahaha... ambik yang paling senang)

Entah dari mana idea datang.
Saya pun mula pegang marker dan tulis di whiteboard.

Sunday                                                        19th april 2015

A = APPLE (gambar epal)
B = BIRD (gambar burung)
C = CARROT (gambar lobak)

Kemudian saya pun mula la ajar...

A for apple......
It is much easy to memorize those words if you draw a picture.
Bla bla...

Encik: kakak cuba ajar yang susah sikit.

Saya pun mula gelabah. Sambil memadam papan putih tu, sambil otak ligat berfikir.
Sebenarnya, dah prepare dah tapi sebab gelabah, lupa semua. Blank.

Kemudian, saya pun tulis di whiteboard,

                      Past tense                            present tense
Kemudian saya pun bagilah contoh ayat untuk bezakan past tense dan present tense.

Alahai susah rupanya jadi guru.
Even benda tu kita dah belajar beribu kali.
Dan bukan semua orang boleh jadi guru,
Yang disukai murid.
Yang murid diam dan fokus bila dia mengajar.

Ok, sekarang harapnya keputusan temuduga tu nanti adalah yang terbaik.

Tiada ulasan: