Sabtu, 21 Disember 2013

Walaupun penat rasanya...

Bagaimana mahu memulakan?
Di saat kita sangat merasa diri lemah, seolah-olah mahu futur, mahu berhenti sebentar dari kelelahan dunia.
Di saat kita merasakan tiada siapa yang mahu menghulur tangan membantu kita sudah hampir mahu jatuh.

Pelbagai asakan di kepala,

" berhentilah engkau, tahukah diluar sana ramai pemuda sebaya engkau sedang menikmati keseronokan dunia, sedang engkau bermandi keringat di sini mengajak ke arah kebaikan manusia2 yang langsung tiada talian darah dengan mu"

Kemudian muncul lagi suara mengingatkan diri,

"Dunia yang kau cari? Atau janji allah yang kau cari? Apakah kau kira allah akan memasukkan mu ke dalam syurga bilamana korbanmu tidak setimpal generasi terdahulu? Wahai jiwa pemuda, bertahanlah kerana janji itu sedang menunggu mu"

Maka jiwa yang mula sakit itu kembali terubat.
Maka jiwa itu kembali bersemangat untuk terus mengajak manusia kearah kebaikan.

Kemudian datang lagi asakan di kepala,

"Tidakkah engkau penat, hartamu dan masamu, apakah berbaloi kau korbankan untuk mereka yang tiada kaitan denganmu malahan mereka yang terangan menolak ajakanmu itu. Apakah tiada rasa malu dalam dirimu setelah ditolak berkali-kali?"

Kemudian suara iman kembali mengingatkan,

"Wahai jiwa yang sentiasa mendambakan syurga allah, apakah hartamu dan masamu akan tetap menjadi milikmu? Apakah ia akan bangun membelamu sekiranya engkau sendiri tidak menginfakkan ia ke jalan tuhan? Bangunlah wahai jiwa yang berselimut, tuhan sedang memanggilmu!"

Maka jiwa yang lesu tadi kembali ghairah untuk menyambut janji tuhannya,
Ia kembali terdorong bila mengenang ribuan sang syahid yang sedang melambai memanggilnya.

Hakikatnya jalan dakwah ini tidak pernah menanti orang yang bermanja-manja. Siapa lambat malah terus ditinggalkan. Siapa enggan maka tetap tinggallah di atas tilam empukmu. Ia jalan yang panjang, ada yang rebah di pertengahan, dan ada yang sampai ke penghujung.

Jumaat, 20 Disember 2013

Aku ingin berubah tapi....

Bagaimana harus aku berubah?
Bila saat yang tepat harus aku berubah?

Aku mahu allah lebih sayang padaku,
aku mahu allah lebih kasih padaku.
Tapi aku enggan berubah kerana rasa keterpaksaan.

Aku enggan manusia sekeliling menggelarku hipokrit.
Tapi aku enggan berterusan membohongi hati kecilku.

Aku malu pada masa silamku yang diungkit-ungkit,
Tapi aku lebih malu pada masa depanku bersama rabb bila nanti di mahsyar.

Aku keliru.
Jalan mana?
Arah mana?

Sungguh diri ini lebih banyak bicara yang lagho, sia-sia.
Sungguh diri ini lebih banyak bercakap dari bertindak.
Diri ini juga sedang berubah.

Semakin ingin berubah, semakin allah menguji hati kecil kita. Dulu semua persoalan diatas selalu bermain di minda.

Layak ke aku nak berubah?
Ermm.. aku selesa je dengan keadaan aku sekarang.

Tapi ingatlah umur kita terus berjalan meninggalkan kita, apakah kita sebenarnya masih punya masa untuk bertangguh?
Teruskan berjalan dalam kembara perubahan dirimu.
Kerana mungkin sahaja kita diambil nyawa ketika itu,
Dan sekiranya kita mencuba untuk berubah, semoga allah menghitung itu sebagai amalan yang membawa kita lebih dekat pada syurga allah.

Bila hati kita ingin berubah,
Teruskan... teruskan...
Yang akan datang selepas itu ialah pertolonga dari allah.