Jumaat, 2 Januari 2015

10 Pepatah Quote Menarik dari filem Sang kyai Filem dakwah dan Tarbiyah Indonesia bahagian 1

Asslamualaikum entri hari ini cukup ringkas.
Saya mahu listkan beberapa dialog dan babak menarik dalam filem ini yang sangat saya suka kerana kandungan dan pengajaran yang sangat menyentuh hati.


1. Dengan membantu para petani, kita bisa menghargai jerih payah mereka, dengan begitu kita bisa menghargai nasi yang kita makan.

2. Dalam babak awal, ketika seorang pemuda menyukai seorang wanita, sang kyai terus mengajak pemuda itu menziarahi ke rumah keluarga wanita itu untuk melamarnya. ini menutup jalan maksiat dak meraikan fitrah manusia.

3. Tanahnya subur, rakyatnya banyak tapi malah menjadi negeri jajahan. kalau saja umat islam bersatu seluruhnya, hal ini (penjajahan jepun) tidak akan terjadi. Allah tidak akan memberi manfaat dan kemualian kepada mereka yg tidak mahu hidup berjemaah. Tidak bagi umat yang terdahulu tidak juga bagi hamba Allah yg hidup di akhir zaman.

4. Dalam hidup ini ada hal-hal yg bisa kita bicarakan, bahkan bisa kita kompromikan tp kalau sudah menyangkut soal akidah itu tidak bisa kita gugupkan. Kita membongkak badan dalam solat itu semata-mata kerana Allah swt lillahi taala bukan kerana kita dipaksa oleh manusia utk menyembah apa-apa yang kita sembah.

5. Tidak ada hal yang lebih buruk daripada menggadaikan akidah untuk cari selamat, hanya kepada Allah swt kami menyembah.

6. Bagaimana kamu bisa mengaku muslim, kalau panggilan itu tidak bisa mengetuk kalbumu, Panggilan itu seharusnmya menggugurkan segala kejahatan yg sedang kamu lakukan.
Kafir(penjajah jepun) ini boleh saja merejam saya setelah sya menunaikan  ibadah solat. mereka memaksa kita untuk memuja dewa matahari mereka, sekarang apakah mereka melarang kita untuk memuja tuhan kita?

7.  Kalau penahanan (sang kiyai ditangkap oleh jepun) ini dianggap simbol penaklukan, tuan (penjajah jepun) salah besar. para santri bisa sangat taklid kepada kiyai tapi mereka berpegang pada alquran dan hadis, hatilah yg akan menggerakkan tnan mereka atas segala kezaliman. 

8. sesiapa yang faham bahasa asing, akan terhindar dari penindasan. 

9. siksaan pertama kiyai adalah dengan tanggannya diketuk dgn penukul, kemudian suara jeritan sakitnya dilaungkan dgn pembesar suara supaya rakyat dan pelajar pesantren rasa tercabar. mereka yg ramai berkerumun di depan pintu pagar kubu jepun lari bertempiuaran apabila askar jepun membunuh dua org pelajar dalam perhimpunan itu. semangat jihad terus berkobar di jalanan dan kampung2. mereka trus meratap dan berzikir kepada allah. pemimpin besar dan rakyat, semua turun padang sama berjuang.

10. kiyai dibawa ke daerah lain bagi memadamkan semangat jihad. namun pelajar pesantren terus duduk dan berzikir secara aman di hadapan kubu jepun, namun tiada tembakan dilepaskan kerana mereka hanya duduk dalam keadaan aman.

Cerita ini walaupun hanya saya kupas di bahagian satu, saya sudah dapat merasakan semangat kesatuan yang perlu wujud dalam masyarakat kita hari ini wajar kita belajar dari filem ini. Demi perjuangan negara, perbezaan politik dah fahaman diketepikan.

Lebih banyak lagi yang akan dikupas dalam bahagian berikutnya insyaAllah :)