Khamis, 10 April 2014

Tips meninggalkan kpop, drama buat ikhwah akhawat

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi satu perkara yang saya rasa ramai ikhwah akhawat yang mengalaminya ketika dalam proses tajarrud, yakni proses menanggalkan karat-karat jahiliyah semasa dalam sekolah tarbiyah.

Tajarrud dari perkara2 lagho.
Lagho ialah sia2 dan tidak bermanfaat.

Bagi manusia, hiburan itu ibarat garam, kurangnya garam tak sedap, terlebih garam haaa masuk hospital sebab darah tinggi. Errk..

Hiburan juga adalah sesuatu yang sukar ditinggalkan bila sudah sebati dengan diri. Ibarat mencari duit sepuluh sen yang jatuh di tengah lautan hindi. Silap2 ada yang karam sekali. Terus hanyut.

Begitulah perlambangan betapa peritnya ikhwah akhawat untuk meninggalkan dunia hiburan yang melalaikan, kerana di situ sentiasa ada satu kuasa yang membisikkan ke dalam jiwa kita iaitu syaitan,, dan juga perasaan kita yang dimanjakan oleh nafsu.

Ini adalah beberapa tips yang mungkin sahaja berkesan, mungkin sahaja tidak. Kerana walau bagaimanapun ia sangat2 bergantung kepada mujahadah diri untuk melakukannya. Pepatah inggeris berbunyi, semua orang boleh membawa seekor kuda ke lopak air, tapi tiada siapa yang boleh memaksa kuda itu minum air.

Mujahadah ialah kesungguhan..

Jadi, point yang penting dari bebelan panjang lebar di atas ialah, kemahuan kita untuk berubah. Kalau tak ada kemahuan itu, anda bolehlah berhenti dari membaca point2 seterusnya kerana tips2 ini sama sekali tidak akan berguna untuk anda.

Yang pertama, tetapkan niat anda.
Tulis besar2 di dinding, saya mahu tinggalkan kpop. Saya mahu tinggalkan drama korea. Saya mahu tinggalkan drama melayu cintan cintun. Bla bla bla.. tentunya banyak sekali perkara jahiliyah yang mahu kita tinggalkan bukan?

Pernah tak kita terfikir, kenapa kalau kita niat untuk berpuasa, seharian tu kita tak rasa lapar pun. Tapi kalau hari2 biasa misalnya kita terlepas makan tengahari, rasa lapar sangat sampai perut berkeroncong lagu nasyid mirwana. Sedarlah, itu adalah kuasa niat. Dan sebab itulah, setiap kali masuk usrah, naqibah akan selalu ingatkan supaya perbaharui niat, kerana niat memang ada kuasa super saiyanya tersendiri.

Yang kedua, berpakatlah dengan housemate, roommate etc.
Kenapa? Kerana kalau berseorangan anda pastinya akan tenggelam dalam lautan hindi sendirian. Percayalah. Beritahu niat anda untuk tinggalkan dunia kpop atau yang seumpamanya. Supaya apa? Supaya bila nafsu anda membuak2 untuk mendengar lagu kpop, sahabat anda itu akan menjeling kepada anda, dan anda pun akan membatalkan niat anda.

Bagaimana para sahabat dulu bermujahadah untuk meninggalkan perkara jahiliyah? Ternyata mereka ada support system yang sangat kuat, kalau sebut support system tak semestinya bab kawen aje.. kerana sahabat yang mendokong juga adalah sistem sokongan yang sangat baik. Carilah sistem sokongan anda untuk anda tumpang berpaut bila iman anda tengah nyawa2 ikan.

Yang ketiga, buang semua lagu kpop dalam henset, semua drama dalam laptop.
Langkah ini kelihatan agak drastik dan keras tapi percayalah, sekiranya anda hanya melakukan tips 1 dan tips 2 tanpa memulakan tips 3, anda hanya membuang masa sahaja. Buanglah semua playlist itu dan gantikan dengan hiburan altenatif. Gantilah lagu kpop dengan lagu2 berunsur ketuhanan, kalau anda merasakan nasyid rabbani itu bosan, maka downloadlah lagu artis2 indon yang bersifat ketuhanan, atau lagu artis2 melayu rock kapak yang bersifat ketuhanan. Percayalah, perlahan2 hati anda akan mula mencintai lagu2 yang lebih bersifat kenasyidan.. erkkk..

Penutupnya....
Nafsu itu seperti kain cotton gred A, sekiranya anda terus merendam ia di dalam air ia akan terus basah dan menyerap semua air sehingga menjadi kain busuk. Anda kena keluarkan kain cotton itu dari baldi dan sidai di ampaian supaya ia kering. Haaa... faham ke teori kain cotton tu? Nafsu kita perlu dididik supaya ia tunduk dan patuh pada kita, bukannya kita yang ikut telunjuk nafsu.

Cukuplah buat setakat ini tiga tips.
Insyaallah kalau Allah panjangkan lagi umur, saya akan menyusul dengan tips2 berikutnya. Tuan empunya badan pun kena praktis dan mantapkan amal jugak. Sebab apa?? Sebab saya takut dengan amaran allah dalam surah As saff ayat 2 dan 3.

Membangun mahasiswa beragenda.

Siap dikarang pada 22.27, 10 april 2014

Selasa, 8 April 2014

Syair malapetaka bangsa

Ancaman demi ancaman,
Yang lemah semakin ditekan,
Yang kuat selamba membiarkan,
Siapa yang akan datang menyelematkan?

Kes comango gagal bukan penamat,
Selepas ini perancangannya lebih berhemat,
Hingga tiada yang akan selamat,
'Pemerintahan dunia baru' adalah matlamat!

Salib besar datang mengaju beberapa perkara,
Telah terbina rumah salib terbesar di asia tenggara,
Rumah diketuk sekolah dijengah oleh sang biara,
Mana mungkin sang mukmin diam tanpa bicara?

Asalnya agama persekutuan kini seakan dipersenda,
Dimana-mana kafir menyerang pelbagai propaganda,
Namun kita masih hidup tanpa agenda,
Masih selesa duduk bergurau canda.

Agama seperti rumah tumpangan,
Keluar masuk sesuka hati tanpa halangan,
Anak-anak dibiar membesar tanpa bimbingan,
Kelak dewasa masuk mahkamah memohon ditukarkan iman.

Dimana kanak-kanak sesoleh Saidina Ali?
Kini yang ada anak-anak yang pandai menyanyi,
Bila ditanya besar nanti apa nak jadi,
Jawabnya saya mahu jadi penari.

Anak muda menyanyi meloncat terkinja-kinja,
Maut datang bersama kepulan asap, arak dan ganja,
Lupa kini dunia sudah senja,
Kita yang tua pula hanya tuding jari sahaja!

Di kedai kopi melepak khusyuk menuduh itu ini,
Di masjid berbeza fahaman langsung tak pergi,
Engkau masjid sana aku masjid sini,
Gajah ditepi saling berbaik rusa di tengah mati berkelahi .

Asalnya satu bangsa megah yang dikagumi,
Antara pelabuhan perdagangan tersibuk di muka bumi,
Perlahan-lahan minda budaya dibasuh dicuci,
Anak kecil tak lagi mengenal tulisan jawi.

Mengaku muslim tapi ternyata agen perosak,
Pemikiran liberal didokong lalu mendesak,
Idea songsang dari barat menjadi pasak,
Kononnya dalam islam wanita tiada hak.

Si kuasa besar masih melangkah dengan berani,
Dengan yakin menumpah darah di sana sini,
Dalang pemecah belah syiah dan sunni,
Hoi musuh Allah, tak selamanya kami akan begini!

Timur tengah diserang dirampas haknya,
Timur nusantara diserang akal dan fikirannya,
Lalu di minda kita sering tertanya-tanya,
Di mana singa-singa islam penguasa dunya?

Sudah terhantuk baru terngadah,
Mengenang nasib malang tak sudah-sudah,
Apakah bangsaku telah lelah dan kalah?
Apa nak jawab bila ditanya Allah?

Membangun umat beragenda!

Siap dikarang pada 9 April 2014, 7.55pagi.


Sabtu, 5 April 2014

Sakura yang dirindu :)

Sejak kecil, saya suka menonton, minat saya cenderung ke arah perkara visual.
Dan ketika saya mula2 mengenali minat membaca buku dan novel, dengan cepat buku yang mempunyai 500 muka surat lebih, mampu saya habiskan dalam masa satu malam.

Kerana minat ini, saya belajar menggunakan otak saya untuk berimiginasi.
Saya akan membayangkan saya turut berada di lokasi penceritaan drama atau telemovie, dengan saya menjadi watak di luar kamera.
Saya akan membayangkan saya turut berada di lokasi pnceritaan novel yang saya baca, dengan saya sebagai orang ketiga yang memerhati setiap scene yang terjadi.

Saya ada rumah idaman, inspirasinya dari novel yang saya baca.
Rumah kampung satu tingkat,
Ada dua pintu, depan dan belakang.
Buka pintu depan, nampak kusyen rotan dan meja kopi kecil di ruang tamu.
Ada beberapa bilik berdekatan ruang tamu.
Ada pembahagi antara dapur dan ruang depan.
Di dapur ada tv.
Di dapur ada meja makan.
Di dapur juga ada bilik tidur.
Dari bilik di ruang dapur, bila tingkap dibuka akan nampak latar belakang sawah padi dan bukit hijau.
Di halaman rumah, ada pangkin kayu di bawah pokok.
Setiap petang, satu keluarga akan duduk minum petang di situ.
Halaman rumah cukup luas, lebih dari cukup untuk parkir kereta kami lima beradik.
Ada buaian diantara pokok di sebelah pangkin.
Di belakang rumah ada reban ayam.
Begitulah rumah yang saya imiginasikan setiap kali membaca novel.

Begitu banyak keinginan dunia di hati,
Sampai kadang2 saya terlupa mengimiginasikan rumah akhirat saya.
Kereta saya di dunia saya mahu jenama audi, tp tunggangan titian sirat saya tak pernah saya fikir.
Rumah saya di dunia saya mahu sesedap mata memandang, tp kediaman abadi saya tak pernah saya fikir.
Keluarga saya di dunia saya mahu saling berkasih sayang, tp di akhirat nnt apakah kami bahagia..

Hari ini saya travel ke festival sakura di sebuah tempat di korea.
Saya rasa ini adalah ciptaan allah yang paling cantik.
Hati saya tenang, hati saya damai.
Saya sudah pun mengimiginasikan taman2 sebegini di hadapan rumah idaman saya di dunia.
Saya terlupa yang taman2 syurga beribu kali lebih cantik.
Apakah saya sanggup melepaskan sahaja ganjaran2 allah itu...

Sering kali bila hati tersentap, hati tersentuh,
Hanya pada saat itu kita insaf, kita ingat allah,
Kemudian kita kembali berbuat dosa
Seperti tiada apa2 yg berlaku,
sedangkan jangka hayat kita di dunia semakin hari semakin berkurang.

Saya mengimiginasikan taman2 syurga, yg dihujani bunga sakura.....