Isnin, 30 September 2013

Kita juga bersalah...

Selama ini hidup kita hanya berfikir tentang diri sendiri.
Apa akan terjadi pada aku 5 tahun ke depan? 10 tahun ke depan?
Apakah simpanan aku sekarang cukup untuk menyara diri nanti?
Bagaimana caranya agar aku dapat kumpul duit beli kereta dan rumah?
Di mana nanti aku akan bekerja? berapa gajinya?
Dengan siapa nanti aku akan berumah-tangga?

Soalan-soalan sebegini selalu menjadi pertanyaan yang menyesak dada kita. Membuat hati kita gelisah, fikiran kita runsing dan jiwa kita lelah. Terlalu letih berfikir mencari jawapan dan akhirnya kita hanya sibuk menguruskan diri sendiri.

Satu pertanyaan pada diri.
Adakah kita ini robot yang tiada tujuan hidup?
Adakah kita hanya hidup untuk diprogramkan melaksanakan arahan manusia?

Realiti di Malaysia

Kita jadi tidak endah pada jiran tetangga yang sudah beberapi kelaparan.
Kita jadi tak endah pada masyarakat sekeliling yang gadis-gadisnya semakin ramai yang melahirkan anak tanpa bapa.
Kita jadi tak endah pada remaja-remaja yang merokok dan menghisap dadah, ada yang sampai ketagih berjudi.
Kita jadi tidak endah kerana kita hanya sibuk dengan masalah diri.

Bila sambutan kemerdekaan diadakan secara besar-besaran, ada pihak yang menyambutnya dengan air mata kesyukuran. Terlalu gembira lalu terbit rasa syukur atas kebebasan menghidupkan masyarakat islami di bumi sendiri. Namun ada satu pihak pula menyambutnya dengan kegembiraan bersifat jahiliyah. Sedarkah kita, setiap kali tiba bulan Mei, dada akhbar akan penuh dengan kes buang bayi.

Logiknya ada! Ya mereka berpesta maksiat di saat kita semua menadah tangan bersyukur atas kemerdekaan. Mereka juga rasai nikmat kemerdekaan itu, lalu mereka terjemahkan dalam bahasa yang mereka fahami. Jangan seratus peratus menyalahkan mereka, kita juga adalah penyumbang.

Kita adalah penyumbang bila kita menghalalkan `couple`.
Kita adalah penyumbang bila kita hanya berani bersuara lantang menyalahkan orang lain.
Kita adalah penyumbang bila kita hanya membiarkan maksiat di depan mata.
Kita adalah penyumbang bila kita menolak untuk bersama-sama menyedarkan masyarakat.

Aduh, tugas ini bukan tugas ustaz mahupuh ustazah sahaja. Ini tugas semua yang punyai iman kepada Allah di hati. Siapa pun kita, apa pun posisi dan jawatan kita, berapa pun umur kita, selagi mana kita mengaku tiada Ilah selain Allah, Muhammad saw pesuruh Allah, kita sudah pun mempunyai tiket untuk menyeru manusia kembali ke jalan benar, dan menghalang mereka berbuat kejahatan.

*bila kita menegur orang lain, kita sebenarnya menegur diri. Usah bimbang diri belum layak dengan alasan dosa-dosa kita, kerana jika bukan kita yang menegur siapa lagi?

Ahad, 29 September 2013

Kita sedang karam...SOS...

Ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan tenang. Angin yang bertiup juga lembut membelai sehingga menidurkan anak-anak kapal. Ombak perlahan memukul sekadar menyembunyikan kukunya. Air tiada berkocak, tenang setenangnya. Maka anak kapal terleka, bermalas-malasan di zon selesa.

Akhirnya tanpa sempat membuat persiapan, angin bertiup kencang. Ombak mula membadai sakan. Air pula bergelora seolah mahu membaham apa sahaja di permukaannya. Anak kapal panik. Kapten juga terpaku. Muncul lagi masalah, rupanya kapal mereka sedang dimasuki air. Akhirnya tenggelam dalam pelayaran tanpa jejak.

Selalu aku membayangkan bahawa hidup ini ternyata umpama sebuah kapal yang sedang belayar. Lautan terlalu luas hingga di mana penghujungnya, sukar dikesan pandangan mata kasar. Dimana titik mula juga seolah tidak lagi kelihatan, terlalu luas sehingga merasakan dunia ini hanyalah laut.

Dalam keadaan tenang, selalunya kita akan bersenangan. Tiada satu sebab pun untuk kita meletakkan diri kita dalam kesusahan bila kita merasa aman dan tenang. Maka jalan yang selalu kita ambil ialah sambil lewa dan hilang fokus.

anak kapal mula bersenangan, lupa pada tugasnya untuk sentiasa menjaga keselamatan kapal
kapten juga terbuai dek kerana keadaan komuniti di situ yang tidak mengambil berat masalah yang sedang berlaku

Zaman ini ialah zaman di mana kita sebenarnya punya banyak masalah tetapi tidak bertindak menyelesaikannya. Kita membiarkan sahaja, melihat sahaja kapal (bangsa & agama) kita tenggelam. Banyak masalah sosial berlaku di kalangan belia dipandang remeh. Masyarakat hilang adab, hilang malu. Negara hilang maruah dan kehormatannya. Angin, ombak dan air (anasir luar) terus mengasak. Lubang di kapal (masalah dalaman) semakin membesar.

Sedikit demi sedikit rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara dikikis dari hati sanubari kita. Perlahan-lahan kita cair kepada serangan pemikiran musuh, membiarkan malah kekadang menyokong. Bila Islam dihina atau diperlekeh kita hanya mampu bersuara lantang seorang diri namun senyap sepi di khalayak ramai.

InsyaAllah dalam entry seterusnya, aku akan cuba meluahkan apa di fikiranku mengenai hal-hal yang dirasa penting. Setiap seorang perlu sedar hakikat, 'we are sinking!!! wake up!!!'

Jumaat, 27 September 2013

Risikan ditolak ataukah diterima?

Seorang yang diberi taklif sebagai ketua tajmik untuk bahagian akhawat. Allah, tugas yang sangat besar dirasa. tapi aku yakin allah sedang menjawab doa aku agar aku segera menjadi dewasa dalam tarbiah. apabila kita diberi amanah dan tanggungjawab maka dengan sendiri kita akan menjadi dewasa dan matang melalui pengalaman dan cabaran.

Tajmik bermaksud pengumpulan. Penting untuk sesuatu jemaah dakwah dan tarbiyah punyai sistem tajmik yang stabil untuk memastikan dakwah terus berlangsung di bumi mana pun. Lemah tajmik tidak bermakna gerabak dakwah akan berhenti, namun begitu pasti akan dirasai kecacatannya. seolah-olah kita berasa seperti langkah kita perlahan dan ada yang melambatkan langkah kita.

melalui sistem tajmik, kita berusaha meningkatkan kapasiti target dakwah kita. kita mengumpul orang untuk didakwahi. mengumpul orang untuk bersama mengajak kita mencapai agenda umat yang dirancang selama ini. bukan sekadar kuantiti juga kualiti. tiada gunanya jika kita hanya mengumpul buih di lautan. namun tiada guna juga kalau kita punya idea yang banyak untuk dakwah tapi tiada yang menggerakkannya. begitulah sama pentingnya kedua-dua ini, kualiti dan kuantiti.

salah satu cara mengumpul orang ialah dengan memilih target yang mahu kita panahkan dakwah kita. pastinya bermula dengan orang yang terdekat dan sesiapa yang ada kaitan dengan kita. tapi tidak mustahil sekiranya orang itu tidak kita kenali langsung. kalau begitu, mulalah berkenalan. pada mulanya dia akan menolak, kerana itu biasa bila kita menolak sesuatu yang dilihat tidak menguntungkan kita dan tiada kaitan. langkah pertama tentulah berkenalan. mahu tak mahu, kita kena cuba buang juga segala rasa malu.

Khamis, 26 September 2013

Tudung Kuning

gambar budak comel ni byk kenangan utk saya. siapa dia?

ceritanya begini..
mula2 ad sorg kakak ni kenalkan diri kat saya, masa tu sy x da fb, instagram semua tu.. zaman intec yg sgt x kisah, yg ada cuma YM.. di profile YM tu kakak tu letak gambar budak ni, mati2 sy ingat gmbar dia time kecik. comelnya kakak ni. sy mmg suka berkawan dgn org comel senang ja sy kongsi cerita dgn dia. klu anda kawan saya, maknanya anda comel. ok titik..

Tapi di sebalik semua tu, ad yg lagi penting. Betapa beruntungnya sy rasa, melalui kakak ni Allah pimpin sy di jalan yg sy ad sekarang, wlpun masih dlm proses menjadi baik, dalam proses menjauhi maksiat. Kakak ni la yg tolong sy selesaikan masalah2 hidup saya masa tu (padahal bila fikir balik, kecik sgt masalah tu, masa tu zaman budak lg). Sampai di Korea, dari Ato Z kakak ni offer diri utk tolong.. n sy bru perasan, mcm lain je muka dia dgn budak tudung kuning tu.. tp sy da selesa berkawan dgn kakak ni, n dia lagi comel kot dr budak tudung kuning tu

InsyaAllah doa saya Allah akan terus mengizinkan sy di atas jalan ni. doa saya juga ada sahabat yg mahu hulur tangan andai satu hari nanti saya tergelincir, InsyaAllah tentunya saya juga akan menjadi org pertama klu ad sahabat saya memerlukan.. ( mintak allah jauhkan, kita semua mahu thabat hingga ujung nyawa ^^ )

Pasti setiap kita, ada insan yg allah kirimkan utk pimpin kita ke jalan yg allah redhai. Saya harap kakak comel bertudung kuning ni akan membaca post ni dan terus bersemangat utk mengajak lebih ramai faham erti kehidupan, hidupa bukan sekadar menjadikan diri sendiri baik, tp utk pergi lebih jauh InsyaAllah

Ku disangka botak

Baru-baru ini di fb, ramai yang `share` kisah seorang muslimah yang tidak diterima bekerja kerana berhijab. Kalau di negara bukan islam, adalah satu perkara biasa sekiranya wanita yang memakai hijab dipandang pelik.

Antara dialog yang biasa kami (pelajar di K****) dengar:
~`mungkin dia botak, sebab itu dia tutup kepala`
~`itu budaya di negara kamu, bila datang negara kami ikutlah budaya kami`
~`tak panas ke? bukalah! sekarang kan summer`
~`di sini kalau buka pun tak ada sesiapa tahu`

Pengalaman sebegini menjadi kami lebih menghargai hijab yang dipakai. Kami memakainya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran. Bahkan kami memilih untuk memakainya dengan sukarela tanpa ada yang memaksa.
Hijab seolah-olah memberi satu rasa ketenangan di hati kerana wanita berhijab InsyaAllah bebas dari pandangan mata jahat manusia lain. Menutup kepala tidak bermakna kami menutup minda kami. Buktinya ramai wanita berhijab adalah ikon hebat di seluruh dunia dan lebih ramai yang kembali kepada Islam kerana keindahan di sebalik hijab.
Semoga Allah menguatkan hati wanita berhijab di luar sana walau apa pun cabarannya.

Assalamualaikum


Semalam ketika mahu keluar dari masjid Itaewon, Seoul ada satu perkara yang sangat mengagumkan sy telah berlaku.

Saat itu, sy berada di hadapan ruangan pejabat masjid. disitu juga berdekatan tangga menuju ke ruangan solat muslimah di tingkat atas. Tiada siapa di situ kecuali saya dan seorang anak kecil umur mungkin dalam 5 tahun yang sy kira mungkin berbangsa afrika. Mula-mula saya sampai dia mmg sudah di situ, barangkali menunggu ibunya turun dari tingkat atas. Saya memandang dia dan tersenyum, tahu apa reaksinya?

"Assalamualaikum"

Saya terkesima. Seharusnya sy yg memulakan salam tapi sebaliknya. Ternyata dia sudah pun menang merebut pahala memberi salam.

Yang sy kagumi, di tgh2 bandar Seoul yg minoriti muslim ternyata didikan ibu bapanya sungguh cemerlang. Seperti ikan di lautan, biarpun airnya masin selagi ikan hidup dagingnya tidak masin. Ucapan salam yang diucapakan anak itu adalah lambang ajaran dan sikap baik yang diterap oleh ibu bapanya.

Semoga generasi harapan bangsa hasil didikan kita kelak adalah generasi berakhlak mulia

Seni merajuk dan memujuk


Cafe A:
Dulu jual secawan kopi rm4.00. keluar promosi,"All take out menu will be given rm0.50 discount".
Sekarang da jadi rm3.50.

Cafe B:
Dulu jual secawan kopi RM3.50.
sekarang pun jual rm3.50.

*brg yg dijual sama kualiti, sama kuantiti

Ternyata cafe A meningkat keuntungannya.
Manusia cenderung kpd perkataan `sale`, `discount`, `lelong` dan sbgainya wlaupun asal barang dari sumber yg sama, harga pun lebih kurang. Dengan membeli brg2 yg dilabel dgn `terms` sebegini, kita rasa sedikit untung dan lebih berpuas hati.

itulah seni perniagaan.


bagaimana pula seni mengajak org lain berbuat kebaikan?

"terima kasih kerana menghabiskan makanan" itu lebih memujuk dari "jangan membazir"...

"awak cantik bila tutup aurat" itu lebih dekat di hati dari "berdosa kalau mendedahkan aurat"...

Memang tak semua situasi, gayanya perlu sama. Tapi yang pasti, pasti ada seni dan gayanya yg tersendiri.

#merajuk biar berpada, memujuk biar bergaya..