Khamis, 16 April 2015

Tolong jaga aku! 2

"Angah! Aliya rasa kita kena lapor polis. Risaunya Aliya."

"Nanti dulu, Aliya. Kita tunggu along sampai."

"Aliya cuma risaukan ayah. Mana pernah ayah hilang tiba-tiba macamni. Along pun baru bertolak dari Seoul. Esok pagi baru sampai."

Aliya tidak dapat menahan hiba. Dia mula menangis.

"Aliya, stop it! Kau nangis macamni tak selesaikan masalah. Tambah masalah adalah. Bingit telinga angah."

Mereka hampir bertengkar. Seorang kepala batu, seorang lagi panas baran.

"Abang, Aliya dah la tu. Kita tunggu along sampai dulu. Baru kita bincang. Kalau abang dengan Aliya kecoh macamni, nanti semua orang tahu pasal ayah. Malu kita."

Aliya terus masuk ke biliknya dalam keadaan marah. Bengang dengan perangai panas baran abangnya.

"Tengok la tu. Manja. Marah sikit, merajuk."

"Abang, sudah. Jom masuk tidur. Besok kita fikir macamana."

Angah dan isterinya berlalu masuk ke bilik tidur.

..........

"Siapa la agaknya yang sanggup buang ayah sendiri tepi jalan macam tu?"

Salima membungkus nasi dan lauk ke dalam polistren untuk dihantar pada ayahnya dan pak cik Ahmad. Saban hari, rutinnya begitulah. Pulang sebentar ke rumah, menghantar makanan pada ayah, solat zohor kemudian bergerak semula ke kedai makannya.

'Warung nasi utara Salima'

Satu Kuala Lumpur kenal warung Salima. Ternyata usahanya berbaloi.

Alkisahnya, Salima bersama ayah dan ibunya berhijrah ke Kuala Lumpur ketika dia masih kecil, seingatnya darjah satu.

Bermacam pekerjaan ayah minta, satu pun tidak menerima ayah. Kerana ayah tiada SPM. Sehingga akhirnya ayah berniaga gerai kecilan di tepi jalan. Ibu yang masak. Salima pula selalu membantu ayah dan ibu. Pulang sahaja sekolah, terus berniaga dengan ibu dan ayahnya.

"Assalamualaikum, ayah, pak cik. Salima ni."

"Walaikumsalam."
Salam dijawab serentak.

"Laa ayah dengan pak cik di luar rupanya. Ayah buat apa dengan pak cik kat belakang rumah?"

"Ingat tak pasu bunga yang banyak kat belakang rumah. Dulu ibu kamu kan selalu tanam bunga. Sekarang jadi terbiar. Ayah ajaklah pak cik Ahmad berkebun kat belakang tu."

"Pak cik yang nak buat, Salima. Boleh kan? Sayang pulak tengok banyak pasu terbiar macam tu."

"Boleh, pak cik. Tapi sebelum tu, mai kita makan dulu. Nanti sambung lagi."

Mereka bertiga berselera menjamah makanan utara dari kedai Salima. Bakatnya diwarisi sepenuhnya dari ibu. Rasanya masih sama keaslian dengan rasa masakan ibunya.

"Sedap. Salima yang masak ke ni?"

"Aah, pak cik. Dulu masa arwah ibu masih ada, ibu yang masak di warung. Saya dan abah akan layan pelanggan. Sekarang ni, bila keadaan dah jadi macamni saya yang masak semuanya. Yang lain pekerja yang buat."

"Mesti ramai pelanggan ni. Apa kata orang, sedap hingga menjilat jari."

Mereka ketawa gembira. Buat kali pertama Salima melihat ayahnya tersenyum. Setelah kehilangan ibu, ayah seperti kehilangan separuh dirinya.

..............

"Kak, bungkus nasi kosong dengan kari ayam satu."

"Kari ayam dah habis, dik. Tinggal ayam masak kicap saja."

"Bolehlah, kak. Bagi yang bahagian paha ya."

"Nah, tiga ringgit dik."

"Terima kasih, ya. Murah betul makanan di kedai akak ni. Ni kali pertama saya datang, kalau macamni hari-hari saya beli sini."

"Terima kasih ya, dik. Jual. Datang lagi."

Pelanggan sudah beransur kurang. Biasanya kedai dibuka seawal 7 pagi dan ditutup pada pukul 7 malam.

Siap mengemas, Salima dan pekerjanya seramai 2 orang bertolak pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, Salima menunggu di hentian bas untuk pulang ke rumah.

Setelah menghampiri ke kawasan perumahan, loceng bas ditekan. Salima turun di hentian di mana dia menjumpai pak cik Ahmad.

"Macammana ya kalau keluarga pak cik Ahmad sedang cari dia? Macammana kalau dia tersesat, bukan dibuang keluarga. Tapi mana aku nak cari keluarga dia? Pak cik memang tak ingat apa-apa."

Salima mengeluh halus. Beg di bahu dipegang erat dan dia berjalan pualng ke rumah.

................

"Along rasa kita kena buat laporan polis."

"Angah tak setuju. Kalau kita laporkan pada polis, isu ini akan jadi perkara besar. Media tak akan duduk diam."

Aliya dan Dina hanya diam mendengar. Mereka enggan mencelah.

"Jadi, apa penyelesaiannya angah?" Adnan bertanya pada adiknya.

Azmi hanya diam. Otaknya ligat berfikir. Walau apa pun situasinya, perkara ini tidak boleh sampai kepada pihak media.

"Angah rasa, along kena masuk pejabat ganti ayah. Lagipun bisnes along di Seoul tu, partner abang boleh jaga, kan?

Buat masa ni, angah dan Dina akan kekal di department masing-masing. Aliya pun kena masuk office." Azmi memberi keputusan tanpa bertanya pada abang dan adiknya terlebih dahulu.

"Aliya tak nak. Tak nak."
Aliyah terus berlari keluar dan memandu keretanya.

"Tengoklah tu. Dari kecik sampai besar, nak ikut cakap dia aja. Manja." Azmi mula geram.

"Angah, sudah. Nanti along slow talk dengan Aliya. Dia masih terkejut tu dengan kehilangan ayah."

"Along pun macam ayah. Selalu menangkan Aliya. Dia buat semua betul. Angah buat semua salah. Terpulanglah."

Azmi membentak. Kemudian dia berlalu pergi. Memecut laju starex.

Adnan terduduk di kerusi. Mengurus dua orang adik ternyata lebih sukar dari mengurus bisnes di luar negara. Penat baru sampai pagi tadi dari Korea belum pun hilang, ditambah pula dengan karenah adik-adiknya yang memeningkan kepala.

................

"Pak cik, saya nak tanya sikit ni. Pak cik dah mula ingat apa-apa tentang diri pak cik? Alamat rumah pak cik ke?"

"Pak cik mintak maaf kalau pak cik bebankan kamu. Kalau kami rasa susah, pak cik boleh keluar."

"Tak. Tak. Bukan maksud saya macamtu. Saya cuma risau keluarga pak cik tengah cari pak cik."

"Pak cik tak ingat apa-apa. Tak ingat."
Suara pak cik Ahmad mula sebak.

"Mintak maaf, pak cik. Saya janji takkan tanya pasal ni lagi. Tapi kalau tiba-tiba pak cik dapat ingat balik apa-apa, bagitau saya ya. Saya akan tolong pak cik balik ke pangkuan keluarga."

"Terima kasih, Salima. Kamu memang baik."

Salima hanya tersenyum. Dia lebih suka pak cik Ahmad tinggal bersama kerana ayahnya ada juga teman berborak. Cuma dia kasihan pada keluarga pak cik Ahmad sekiranya mereka sedang mencarinya.

Tiada ulasan: