Rabu, 12 November 2014

Stanza Memoir-TIGA

Aku belajar
Bahawa dalam kekurangan
Pasti ada keistimewaan

Aku mengerti
Bahawa dalam kesakitan
Pasti ada kemanisan

Aku menyedari
Bahawa dalam sengsara
Pasti ada bahagia

Aku memahami
Bahawa dalam kepayahan
Pasti ada kemudahan

Aku pasrah
Aku serah
Hatta jatuh sekali

Pasti ku bangkit berkali-kali.

Tiada ulasan: