[Nama, tempat dan jalan cerita hanyalah rekaan dan imiginasi
penulis, tiada kaitan dengan sesiapa]
Suria menapak perlahan, jalannya penuh cermat agar tidak
menggangu tidur rakan serumahnya. Usai meneguk segelas air, Suria kembali ke
biliknya.
'Eh, belum tidur ke Asmani nih? lampu pun menyala lagi tu.`
Suria mengumam sendirian sambil langkahnya menuju ke bilik
Asmani. Perlahan-lahan pintu bilik yang terbuka sedikit itu dikuaknya. Ternyata
Asmani tertidur di meja belajarnya.
Semakin dekat dengan hari peperiksaan, gelagat Asmani
semakin pelik. Balik sahaja dari kelas Asmani pasti akan terus masuk ke
biliknya tanpa menegur Suria. Suria yakin dan pasti mereka tidak bergaduh. Cuma
sejak kebelakangan ini, sejak kejadian di kantin aritu, Asmani seolah-olah
meminta utk diberi ruang dan waktu untuk bersendirian. Suria cuba untuk
memahami sahabat baiknya dan bersangka baik.
Pagi ini, Suria bangun awal dari biasa. Nasi lemak kegemaran
Asmani disiapkan dengan harapan mereka dapat bersarapan bersama. Sudah lebih
tiga hari sejak kejadian itu mereka tidak makan bersama.
`As, jom la makan sekali. Aku dah masak breakfast spesial
utk kau,` ajak Suria.
`Sorry Su, aku tak selera la pagi ni. Kau makan la dulu. By
the way, pagi ni aku pergi kelas dengan Has, ada hal sikit kena setelkan. Kau
guna ja motor aku tu,` balas Asmani sambil berlalu menunggu Hasliza di luar.
Mereka membahasakan diri sebagai Su dan As ketika berbual.
Sungguh itu bukan Asmani yang Suria kenal. Asmani bukan
jenis yang tak menghargai pemberian orang, terutamanya dari sahabat baik
sendiri. Asmani pasti akan tunjukkan muka paling gembira kalau menerima
sesuatu, walaupun sebenarnya benda yang diterima itu tidaklah seberapa. Ada
sesuatu yang Asmani cuba sembunyikan dari Suria. Asmani tak mampu memandang
mata Suria ketika bercakap tadi walhal mereka bukanlah orang asing dalam rumah
ni.
Petang itu, Suria balik awal kerana kelas Fizik dibatalkan.
Bersama secawan kopi panas, Suria duduk di atas sofa sambil memandang ke luar.
Pandangannya jauh dilemparkan ke hadapan sambil fikirannya menerawang ke kisah
yang terjadi hampir lima tahun dulu. Kisah yang menjadi titik mula Suria
bertemu sahabat baik dunia akhiratnya itu.
Imbas kembali : 5 tahun yang lalu
Kini genap sebulan di INTEC. Sebagai seorang pelajar program
kejuruteraan Korea Suria masih belum sepenuhnya mengenali rakan-rakannya
batchnya yang 150 orang itu.
`Ah, peduli lah, kenapa aku kena sibuk-sibuk nak kenal dan
hafal nama diorang, bukannya boleh jamin aku fly pun. Tido lagi bagus`
Ttok! Ttok!
Bunyi fb mesengger menghantar notification ada mesej di
inbox. Laju tangan Suria mencapai henset, dibukanya inbox.
`Assalamualaikum, saya nampak awak sorang-sorang tadi kat
cafe Akasia, boleh berkenalan? btw, fb awak ni saya dapat dari classmate awak,
jangan marah eh. hehe`
Mesej dari mamat blok sebelah dibiarkan.
`Hmm nama saya macam yang dalam fb ni la, tapi kawan-kawan
panggil saya Matyi. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Please.`
Mesej dibaca tapi tak dibalas.
`Awak~`
`Please. Nak berkenalan jer.`
`Saya ikhlas.`
Suria tersenyum. Dalam hati berbunga, ada sedikit berdebar.
Maklumlah ini kali pertama, ada lelaki nak berkawan dengannya, ikhlas katanya.
Apa salahnya mencuba kan.
`Hai. Saya Suria. Panggil Su. Kenapa nak kenal? Saya ada
berhutang ke dengan awak?` Suria membalas dengan nada sedikit keras, mengelak
di cop mudah cair walhal hati sudah mula berbunga.
Akhirnya, ego setinggi tembok yang dibina Suria berjaya
diruntuhkan oleh Matyi. Matyi lelaki yang pandai memujuk, Matyi lelaki yang
pandai mengambil hati, mengotakan setiap janjinya. Rupanya bukan semua lelaki
jahat macam ayah. Siang malam Suria hanyalah teringatkan Matyi. Maka bermulah
episod bahagia dalam kehidupan Suria, seperti remaja lain.
Dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Matyi di hujung
bangunan kelas komputer, Suria terlanggar classmatenya, tak ingat siapa
namanya. Habis jatuh bertaburan kertas yang dipegang. Suria hanya memandang
tanpa mengucap maaf dan terus melangkah pergi.
`Padan muka dia, jalan sambil tidur ke apa. Jalan tu pandang
la kiri kanan, asyik tunduk je, mahu tak berlanggar. Isy, mesti Matyi dah lama
menunggu.` Suria membebel dalam hati.
Asmani mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai. Dia
kenal pelajar yang melanggarnya tadi. Suria binti Muiz, classmate yang tempat
duduknya selang dua meja darinya. Seorang pelajar yang pandai, cepat faham apa
yang diajar tapi suka bersendirian. Pernah Asmani menghulurkan tangan untuk
berkenalan, tapi salamnya tak bersambut, malah Suria buat-buat tak nampak dan
terus berlalu. Asmani hanya tersenyum saat itu.
`Tak mengapa, kalau bukan hari ini, mungkin esok.
Assalamualaikum Suria binti Muiz. Saya tahu awak baik, semoga suatu masa nanti
awak sudi berkawan dengan saya.` Asmani berdoa dalam hati.
Beberapa hari selepas itu, Suria tidak kelihatan di tempat
duduknya. Asmani mula rasa tak sedap hati, selalunya Suria antara orang yang
awal sampai ke kelas. Pagi tadi dia nampak Suria di barisan depan sedang
berbaris untuk naik bas ke kelas. Bermakna dia datang ke sekolah tapi tidak
masuk ke kelas.
Tiba waktu rehat, Asmani cuba mencari Suria di bangunan yang
pernah mereka terlanggar dulu. Entah mengapa firasatnya kuat mengatakan Suria
di sana.
`Kenapa dengan awak ni? Dulu bukan main awak ajak saya
berkenalan, sekarang..` Suara Suria terputus, hanya esakan kedengaran.
`Apa sebabnya awak nak putus? Awak tipu saya. Semua lelaki
sama, ayah jahat awak pun jahat.` Suara Suria yang kuat tadi mula mengendur,
menggambarkan hatinya yang betul-betul kecewa.
Selang beberapa minit, kedengaran suara seorang lelaki.
Asmani kenal dengan pemilik suara itu, budak program kejuruteraan Australia.
Asmani yang masih di balik dinding tekun mendengar.
`Saya mintak maaf, masa tu saya memang ikhlas nak berkawan
dengan awak. Sumpah, tak ada niat nak menipu atau mainkan awak, Su. Tapi cara
kita ni salah. Awak perempuan, saya lelaki dan tiada istilah berkawan antara
lelaki dan perempuan. Selama ni, saya tak tahu benda ni salah. Saya dah taknak
terus berdosa, Su.` Mat cuba menenangkan Suria. Nafas ditarik perlahan dan Mat
terus menerangkan perkara sebenar kepada Suria.
`Sungguh, bukan sebab ada perempuan lain saya ambil
keputusan ni. Suria binti Muiz, awak dibesarkan dengan penuh kehormatan oleh
ibu bapa awak, tapi saya rasa seolah-olah saya merendah-rendahkan martabat awak
dengan membelakangkan hukum tuhan. Saya... saya tak sepatutnya menghalalkan apa
yang belum halal untuk saya.` Matyi terus menyambung bila Suria hanya diam tak
berkutik.
`Saya rasa saya dah nampak matlamat hidup saya yang sebenar,
kenapa Allah ciptakan kita. Selama ni saya jahil, saya hanya tahu keseronokan
dunia. Allah tak ciptakan kita untuk bermain-main dengan cinta nafsu macam ni,
Suria. Tugas kita lebih besar, Suria. Saya harap suatu hari nanti awak akan
faham apa yang saya faham sekarang ni. Saya sedang baiki diri dan ingin menjadi
lebih baik. Saya terpaksa pergi dulu, Suria. Andai betul awak jodoh saya,
semoga Allah pertemukan kita melalui cara yang betul.` Mat terus melangkah
pergi. Andai dia terus menunggu, bimbang hatinya akan berpatah balik.
Asmani hanya kaku di tempatnya. Tiba-tiba kelibat Mat muncul
di balik dinding. Asmani kaget, mata mereka bertentangan, tapi Asmani
cepat-cepat menundukkan pandangannya. Mat pun tidak menunggu lama dan terus
berlalu dari situ.
Asmani cuba menghampiri Suria, perlahan-lahan duduk
disebelahnya. Dihulurnya sehelai tisu. Asmani hanya duduk menemani Suria tanpa
berbuat apa-apa. Esak tangis Suria mula kedengaran dan semakin kuat bila Asmani
mengusap belakangnya. Akhirnya Suria menangis di bahu Asmani.
Ttok! Ttok!
Bunyi mesej masuk. Lamunan Suria berkecai.
Asmani adalah orang yang ikhlas bersahabat dengannya. Ketika
dia ditinggalkan Matyi, Asmani memujuk hatinya dengan cinta kepada yang lebih
agung. Suria mula berjinak-jinak dengan majlis ilmu kerana mengikut ajakan
Asmani. Dari situ, dia mula mengenali usrah dan selesa dengannya. Jiwanya
terasa terisi dan tenang bila mengikuti usrah. Sungguh kini Suria menyedari
nikmat terbesar untuk manusia adalah iman dan islam. Dan kini dia mula mengerti
apa penyebab Matyi memutuskan hubungan dengannya dulu. Syukur, ya Allah atas
perkenalan dengan sahabatku ini.
Mesej yang masuk tadi dari Asmani rupanya.
`Su, aku rasa kita kena jumpa. Aku tunggu kat Ediya Coffee jam
5.`
Suria segera bersiap, pasti ada perkara penting yang ingin
diberitahu Asmani. Mungkin dia ingin meluahkan masalah yang dihadapi
kebelakangan ni. Suria nekad kali ni, dia yang perlu memecahkan jurang ini
sekaligus merapatkan kembali hubungan mereka.
Enjin motor dihidupkan. Topi keledar disarung dan perlahan
motor bergerak meninggalkan halaman rumah.
Suasana cafe Ediya Coffee sunyi. Tak ramai pelanggan hari
ni. Suria tenang menunggu Asmani. Cafe Mocha kegemarannya dihirup perlahan.
Duduknya yang menghadap ke dinding menyebabkan Suria tidak
perasan kehadiran Asmani. Bahu Suria ditepuk perlahan. Suria menoleh ke
belakang.
Ppong! Ppong! kedengaran letupan kecil.
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan SURIA...
`Suria, selamat hari lahir. Semoga Allah meredhai
persahabatan kita. Maaf atas sikap aku yang buruk dua tiga hari kebelakangan
ni. Kejadian kat kelas tu pun salah satunya. Itu semua idea Hasliza and the
gang, aku follow ja. Aku sayang kau fillah.` bisik Asmani ketika memeluk Suria.
Suria mengesat air matanya. Dipandang wajah sahabatnya satu
persatu. Sungguh ukhwah ini hanya manis bila ia bersalut keimanan dan kecintaan
kepadaMu ya Allah.
`Terima kasih Asmani kerana mengenalkan aku dengan tuhan
melalui tarbiyah.` Suria berkata dalam hatinya.
by: hamba anak dagang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan