Ini kisah dan coretan hamba sebagai anak dagang. Dagangan hamba rezekinya dari Sang Maha Kaya, jualan hamba untuk sekalian jelata. Hamba sebagai pedagang, sekadar singgah menanam benih untuk tuaian di dunia sana.
Khamis, 26 September 2013
Seni merajuk dan memujuk
Cafe A:
Dulu jual secawan kopi rm4.00. keluar promosi,"All take out menu will be given rm0.50 discount".
Sekarang da jadi rm3.50.
Cafe B:
Dulu jual secawan kopi RM3.50.
sekarang pun jual rm3.50.
*brg yg dijual sama kualiti, sama kuantiti
Ternyata cafe A meningkat keuntungannya.
Manusia cenderung kpd perkataan `sale`, `discount`, `lelong` dan sbgainya wlaupun asal barang dari sumber yg sama, harga pun lebih kurang. Dengan membeli brg2 yg dilabel dgn `terms` sebegini, kita rasa sedikit untung dan lebih berpuas hati.
itulah seni perniagaan.
bagaimana pula seni mengajak org lain berbuat kebaikan?
"terima kasih kerana menghabiskan makanan" itu lebih memujuk dari "jangan membazir"...
"awak cantik bila tutup aurat" itu lebih dekat di hati dari "berdosa kalau mendedahkan aurat"...
Memang tak semua situasi, gayanya perlu sama. Tapi yang pasti, pasti ada seni dan gayanya yg tersendiri.
#merajuk biar berpada, memujuk biar bergaya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan