Khamis, 26 September 2013

Ku disangka botak

Baru-baru ini di fb, ramai yang `share` kisah seorang muslimah yang tidak diterima bekerja kerana berhijab. Kalau di negara bukan islam, adalah satu perkara biasa sekiranya wanita yang memakai hijab dipandang pelik.

Antara dialog yang biasa kami (pelajar di K****) dengar:
~`mungkin dia botak, sebab itu dia tutup kepala`
~`itu budaya di negara kamu, bila datang negara kami ikutlah budaya kami`
~`tak panas ke? bukalah! sekarang kan summer`
~`di sini kalau buka pun tak ada sesiapa tahu`

Pengalaman sebegini menjadi kami lebih menghargai hijab yang dipakai. Kami memakainya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran. Bahkan kami memilih untuk memakainya dengan sukarela tanpa ada yang memaksa.
Hijab seolah-olah memberi satu rasa ketenangan di hati kerana wanita berhijab InsyaAllah bebas dari pandangan mata jahat manusia lain. Menutup kepala tidak bermakna kami menutup minda kami. Buktinya ramai wanita berhijab adalah ikon hebat di seluruh dunia dan lebih ramai yang kembali kepada Islam kerana keindahan di sebalik hijab.
Semoga Allah menguatkan hati wanita berhijab di luar sana walau apa pun cabarannya.

Tiada ulasan: