Seorang yang diberi taklif sebagai ketua tajmik untuk bahagian akhawat. Allah, tugas yang sangat besar dirasa. tapi aku yakin allah sedang menjawab doa aku agar aku segera menjadi dewasa dalam tarbiah. apabila kita diberi amanah dan tanggungjawab maka dengan sendiri kita akan menjadi dewasa dan matang melalui pengalaman dan cabaran.
Tajmik bermaksud pengumpulan. Penting untuk sesuatu jemaah dakwah dan tarbiyah punyai sistem tajmik yang stabil untuk memastikan dakwah terus berlangsung di bumi mana pun. Lemah tajmik tidak bermakna gerabak dakwah akan berhenti, namun begitu pasti akan dirasai kecacatannya. seolah-olah kita berasa seperti langkah kita perlahan dan ada yang melambatkan langkah kita.
melalui sistem tajmik, kita berusaha meningkatkan kapasiti target dakwah kita. kita mengumpul orang untuk didakwahi. mengumpul orang untuk bersama mengajak kita mencapai agenda umat yang dirancang selama ini. bukan sekadar kuantiti juga kualiti. tiada gunanya jika kita hanya mengumpul buih di lautan. namun tiada guna juga kalau kita punya idea yang banyak untuk dakwah tapi tiada yang menggerakkannya. begitulah sama pentingnya kedua-dua ini, kualiti dan kuantiti.
salah satu cara mengumpul orang ialah dengan memilih target yang mahu kita panahkan dakwah kita. pastinya bermula dengan orang yang terdekat dan sesiapa yang ada kaitan dengan kita. tapi tidak mustahil sekiranya orang itu tidak kita kenali langsung. kalau begitu, mulalah berkenalan. pada mulanya dia akan menolak, kerana itu biasa bila kita menolak sesuatu yang dilihat tidak menguntungkan kita dan tiada kaitan. langkah pertama tentulah berkenalan. mahu tak mahu, kita kena cuba buang juga segala rasa malu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan