Selesai
urusan imigresen, bagasi dan kastam kami berlima menolak troli menuju ke pintu
ketibaan. Ramai orang sedang menunggu.
Ada
beberapa orang memegang kertas yang ditulis nama tetamu. Sempat juga aku
mengeja satu persatu. Mana tahu nama kami ada. Huh, bajet famous kononnya.
‘Sufiah
binti Megat’
Eh,
itu nama aku!
Wah,
tak sangka! Famous juga ya aku, heh.
Sebenarnya
aku ini bolehlah dikira wakil kepada rombongan yang sampai hari ini. Semasa di
kampus persediaan memang aku pun yang selalu berjumpa dengan Pn. Zarith,
pegawai yang menguruskan kami berkenaan sebarang isu akademik. Melalui Pn.
Zarith, aku berkenalan pula dengan seorang pensyarah di Korea.
Terutamanya
bila tarikh penerbangan kami ke Korea semakin hampir. Lewat emel aku bertanya
pelbagai soalan kepada Prof. Lee yang berada di Korea. Prof. Lee adalah
pensyarah yang bertanggungjawab menguruskan kebajikan kami di Korea. Agaknya
sebab itulah, namaku terpampang besar di lapangan terbang ini.
“Fuyoo..
tengok tu. Ramainya oppa (abang).”
Hanis
menjerit apabila terpandang kertas yang ditulis namaku.
“Hanis,
behave sikit. Mana ada perempuan Melayu terjerit-jerit macam ni. Malu
la.”
Seri
mula bertikam lidah dengan Hanis.
“Kau
ni kan Seri. Tak pernah nak puas hati dengan aku. Aku cakap je. Bukan
buat apa-apa pun.”
Hanis
mula menarik muka.
“Okay,
I’m sorry. Tapi please lah Hanis. Kita ni datang nak belajar, bukan
nak mengorat orang Korea. Jangan tunjuk sangat muka excited tu.”
Seri
mengendurkan suara membuka ruang rundingan.
“Korang,
jom selfie. Kenangan ni.”
Aku
mula mencelah. Menutup pintu perbalahan. Syifa dan Nurul pun turut serta.
Inilah gambar pertama kami berlima di bumi Korea.
“Welcome
to Korea! Hwan-yong-hamnida (selamat datang).”
Kami
disambut oleh Prof. Lee dan sekumpulan pelajar Korea. Kami diterpa bagai artis
yang bertemu peminat. Aku kira mereka sebaya dengan kami. Awal 20-an.
Mereka
bersungguh-sungguh mahu membantu kami. Hanis seperti orang angau apabila
pelajar lelaki Korea mendekati dan menawarkan pertolongan untuk mengangkat
bagasi. Aku tidak sempat memandang gelagat rakan yang lain kerana perhatianku
terarah pada rakan-rakan Korea di hadapanku ini.
“Chega
towajulkaeyo (mari saya bantu).”
Aku
hanya mengikut. Yang aku dengar hanya yo-yo...
Kesemua
beg aku mereka yang bawa. Aku cuma melenggang. Antara faham dan tidak, aku
mengangguk sahaja. Mengiyakan.
Maklumlah
mereka bercakap begitu laju. Aku jadi terpana seolah-olah tidak pernah langsung
mempelajari bahasa Korea. Walhal sebelum ini, sudah beribu kali aku hafal
dialog-dialog penting untuk digunakan dalam situasi seperti ini.
“choneun
Supi rago hamnida.”
(Nama
saya Sufi)
“choneun
yol ahop sal imnida.”
(Saya
berumur 19 tahun)
“choneun
Malaysia saram imnida.”
(Saya
orang Malaysia)
Dialog-dialog
inilah yang aku ulang-ulang. Ketika mandi. Ketika iron baju. Sebelum
tidur. Huh, kerana gelabah bercampur teruja aku jadi lupa semuanya!
Suasana
di luar lapangan terbang ternyata berbeza sekali. Terus aku tarik zip baju
sejuk yang dipakai. Aku memperbetul duduk letak mafla di leher. Tangan ku
masukkan dalam poket baju. Berapa agaknya ya suhu sekarang? Terasa mencucuk
betul kesejukannya.
Langkah
kami pantas membontoti pelajar Korea di hadapan kami. Terasa seperti berlari
anak pun ada juga. Kenapa langkah mereka begitu cepat? Seperti mengejar
sesuatu. Kami berlima tertinggal jauh di belakang walaupun tanpa bagasi di
tangan.
Dengan
baju yang membalut tubuh, rasa rimas dan susah bergerak. Pernah tengok tak
penguin berjalan? Haa.. macam itulah perasanku semasa berjalan dalam baju sejuk
yang tebal ini. Rimas!
Dari
jauh aku mendengar pelajar-pelajar Korea tersebut menyebut satu perkataan ini
sambil menggamit-gamit pada kami.
“Palli-palli.
Chuwoyo!” Aku tidak tahu maksudnya apa. Dari gaya mereka, aku mengagak mungkin
mereka suruh kami berjalan cepat sedikit.
Kami
dibawa menaiki bas universiti ke Saemyung Universiti yang terletak di daerah
Jaechon. Bas berwarna merah yang terpampang besar tulisan SMU, singkatan kepada
SaeMyung University.
Setahu
aku, mengikut apa yang diberitahu Pn. Zarith ada seorang pelajar Malaysia di
situ yang sedang menyambung master dan PhD, fast track. Tapi tak
nampak pulak dia datang menyambut kami hari ini.
Kami
diberi air mineral seorang sebotol dan sebiji muffin. Mulanya aku teragak-agak
untuk makan muffin itu. Aku sekadar meneguk air. Yalah, menurut blog yang aku
baca apa sahaja makanan di Korea harus diteliti bahan kandungan terlebih
dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan