‘Aku
telah penuhi cita-cita ibu dan ayahku untuk belajar di luar negara, aku telah
penuhi harapan menjadi teladan yang baik pada adik-adik. Aku juga telah
melakukan yang terbaik untuk diriku, malah aku kini sedang mengejar segulung
ijazah. Apakah ini semua sudah mencukupi?’ -Sufiah-
‘Nikmat
Islam ini adalah nikmat yang selalu kita abaikan. Satu, mungkin sebabnya kita
ini dilahirkan muslim maka kita tidak pernah rasa manisnya beragama Islam. Dua,
mungkin juga persekitaran kita tidak membantu untuk kita lebih cintakan Islam.
Setuju tak bila saya kata, datang Korea buat kita bangga jadi seorang muslim?’
-Hanis-
‘Bila
aku fikir-fikir balik, aku rasa yang Allah hantar kita ke Korea ni ada dua
sebab. Pertama, untuk kita belajar, cari ilmu di sini. Kedua, yang sama
pentingnya, aku rasa Allah nak kita cari makna untuk kehidupan kita. Bila kita
keluar dari zon selesa, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada dan pernah
kita ada.’ -Seri-
‘Kalau
kat Malaysia, saya tak pernah join majlis macam ni. Sebelum datang ke Korea,
mak ayah saya risau sebenarnya. Diorang takut saya terpengaruh, terkena kejutan
budaya dan jadi liar. Walaupun sebelum ini saya semasa di Malaysia, saya selalu
bagi alasan untuk tidak ke majlis ilmu, bosanlah tak seronoklah. Tapi apa yang
saya dapat kelmarin adalah sesuatu yang sukar saya tolak’ -Syifa-
‘Bagi
aku, kita perlukan lelaki yang boleh pimpin kita ke syurga, bukan heret ke
neraka. Kalau awal perkenalan lagi dah bermula dengan maksiat, macammana
perkahwinan nak bertahan sampai syurga?’ -Nurul-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan