Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi satu perkara yang saya rasa ramai ikhwah akhawat yang mengalaminya ketika dalam proses tajarrud, yakni proses menanggalkan karat-karat jahiliyah semasa dalam sekolah tarbiyah.
Tajarrud dari perkara2 lagho.
Lagho ialah sia2 dan tidak bermanfaat.
Bagi manusia, hiburan itu ibarat garam, kurangnya garam tak sedap, terlebih garam haaa masuk hospital sebab darah tinggi. Errk..
Hiburan juga adalah sesuatu yang sukar ditinggalkan bila sudah sebati dengan diri. Ibarat mencari duit sepuluh sen yang jatuh di tengah lautan hindi. Silap2 ada yang karam sekali. Terus hanyut.
Begitulah perlambangan betapa peritnya ikhwah akhawat untuk meninggalkan dunia hiburan yang melalaikan, kerana di situ sentiasa ada satu kuasa yang membisikkan ke dalam jiwa kita iaitu syaitan,, dan juga perasaan kita yang dimanjakan oleh nafsu.
Ini adalah beberapa tips yang mungkin sahaja berkesan, mungkin sahaja tidak. Kerana walau bagaimanapun ia sangat2 bergantung kepada mujahadah diri untuk melakukannya. Pepatah inggeris berbunyi, semua orang boleh membawa seekor kuda ke lopak air, tapi tiada siapa yang boleh memaksa kuda itu minum air.
Mujahadah ialah kesungguhan..
Jadi, point yang penting dari bebelan panjang lebar di atas ialah, kemahuan kita untuk berubah. Kalau tak ada kemahuan itu, anda bolehlah berhenti dari membaca point2 seterusnya kerana tips2 ini sama sekali tidak akan berguna untuk anda.
Yang pertama, tetapkan niat anda.
Tulis besar2 di dinding, saya mahu tinggalkan kpop. Saya mahu tinggalkan drama korea. Saya mahu tinggalkan drama melayu cintan cintun. Bla bla bla.. tentunya banyak sekali perkara jahiliyah yang mahu kita tinggalkan bukan?
Pernah tak kita terfikir, kenapa kalau kita niat untuk berpuasa, seharian tu kita tak rasa lapar pun. Tapi kalau hari2 biasa misalnya kita terlepas makan tengahari, rasa lapar sangat sampai perut berkeroncong lagu nasyid mirwana. Sedarlah, itu adalah kuasa niat. Dan sebab itulah, setiap kali masuk usrah, naqibah akan selalu ingatkan supaya perbaharui niat, kerana niat memang ada kuasa super saiyanya tersendiri.
Yang kedua, berpakatlah dengan housemate, roommate etc.
Kenapa? Kerana kalau berseorangan anda pastinya akan tenggelam dalam lautan hindi sendirian. Percayalah. Beritahu niat anda untuk tinggalkan dunia kpop atau yang seumpamanya. Supaya apa? Supaya bila nafsu anda membuak2 untuk mendengar lagu kpop, sahabat anda itu akan menjeling kepada anda, dan anda pun akan membatalkan niat anda.
Bagaimana para sahabat dulu bermujahadah untuk meninggalkan perkara jahiliyah? Ternyata mereka ada support system yang sangat kuat, kalau sebut support system tak semestinya bab kawen aje.. kerana sahabat yang mendokong juga adalah sistem sokongan yang sangat baik. Carilah sistem sokongan anda untuk anda tumpang berpaut bila iman anda tengah nyawa2 ikan.
Yang ketiga, buang semua lagu kpop dalam henset, semua drama dalam laptop.
Langkah ini kelihatan agak drastik dan keras tapi percayalah, sekiranya anda hanya melakukan tips 1 dan tips 2 tanpa memulakan tips 3, anda hanya membuang masa sahaja. Buanglah semua playlist itu dan gantikan dengan hiburan altenatif. Gantilah lagu kpop dengan lagu2 berunsur ketuhanan, kalau anda merasakan nasyid rabbani itu bosan, maka downloadlah lagu artis2 indon yang bersifat ketuhanan, atau lagu artis2 melayu rock kapak yang bersifat ketuhanan. Percayalah, perlahan2 hati anda akan mula mencintai lagu2 yang lebih bersifat kenasyidan.. erkkk..
Penutupnya....
Nafsu itu seperti kain cotton gred A, sekiranya anda terus merendam ia di dalam air ia akan terus basah dan menyerap semua air sehingga menjadi kain busuk. Anda kena keluarkan kain cotton itu dari baldi dan sidai di ampaian supaya ia kering. Haaa... faham ke teori kain cotton tu? Nafsu kita perlu dididik supaya ia tunduk dan patuh pada kita, bukannya kita yang ikut telunjuk nafsu.
Cukuplah buat setakat ini tiga tips.
Insyaallah kalau Allah panjangkan lagi umur, saya akan menyusul dengan tips2 berikutnya. Tuan empunya badan pun kena praktis dan mantapkan amal jugak. Sebab apa?? Sebab saya takut dengan amaran allah dalam surah As saff ayat 2 dan 3.
Membangun mahasiswa beragenda.
Siap dikarang pada 22.27, 10 april 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan