Selasa, 8 April 2014

Syair malapetaka bangsa

Ancaman demi ancaman,
Yang lemah semakin ditekan,
Yang kuat selamba membiarkan,
Siapa yang akan datang menyelematkan?

Kes comango gagal bukan penamat,
Selepas ini perancangannya lebih berhemat,
Hingga tiada yang akan selamat,
'Pemerintahan dunia baru' adalah matlamat!

Salib besar datang mengaju beberapa perkara,
Telah terbina rumah salib terbesar di asia tenggara,
Rumah diketuk sekolah dijengah oleh sang biara,
Mana mungkin sang mukmin diam tanpa bicara?

Asalnya agama persekutuan kini seakan dipersenda,
Dimana-mana kafir menyerang pelbagai propaganda,
Namun kita masih hidup tanpa agenda,
Masih selesa duduk bergurau canda.

Agama seperti rumah tumpangan,
Keluar masuk sesuka hati tanpa halangan,
Anak-anak dibiar membesar tanpa bimbingan,
Kelak dewasa masuk mahkamah memohon ditukarkan iman.

Dimana kanak-kanak sesoleh Saidina Ali?
Kini yang ada anak-anak yang pandai menyanyi,
Bila ditanya besar nanti apa nak jadi,
Jawabnya saya mahu jadi penari.

Anak muda menyanyi meloncat terkinja-kinja,
Maut datang bersama kepulan asap, arak dan ganja,
Lupa kini dunia sudah senja,
Kita yang tua pula hanya tuding jari sahaja!

Di kedai kopi melepak khusyuk menuduh itu ini,
Di masjid berbeza fahaman langsung tak pergi,
Engkau masjid sana aku masjid sini,
Gajah ditepi saling berbaik rusa di tengah mati berkelahi .

Asalnya satu bangsa megah yang dikagumi,
Antara pelabuhan perdagangan tersibuk di muka bumi,
Perlahan-lahan minda budaya dibasuh dicuci,
Anak kecil tak lagi mengenal tulisan jawi.

Mengaku muslim tapi ternyata agen perosak,
Pemikiran liberal didokong lalu mendesak,
Idea songsang dari barat menjadi pasak,
Kononnya dalam islam wanita tiada hak.

Si kuasa besar masih melangkah dengan berani,
Dengan yakin menumpah darah di sana sini,
Dalang pemecah belah syiah dan sunni,
Hoi musuh Allah, tak selamanya kami akan begini!

Timur tengah diserang dirampas haknya,
Timur nusantara diserang akal dan fikirannya,
Lalu di minda kita sering tertanya-tanya,
Di mana singa-singa islam penguasa dunya?

Sudah terhantuk baru terngadah,
Mengenang nasib malang tak sudah-sudah,
Apakah bangsaku telah lelah dan kalah?
Apa nak jawab bila ditanya Allah?

Membangun umat beragenda!

Siap dikarang pada 9 April 2014, 7.55pagi.


Tiada ulasan: