Kerana 100
won
Oleh:
(HAD) Hamba Anak Dagang
“Mat, aku lapar. Jom
pekena ttobukki Mak Limah.”
“Boleh makan ke Lah?
Aku dengar ada meat stock (다시다).”
“Yang ni kau jangan
risau, aku dah tanya. Dia guna stok ikan bilis.”
“Okay Lah, aku yakin
dengan kau. Jom, dah tarian zapin dah perut aku ni”
Petang yang sedikit
dingin itu memang sangat sesuai untuk mengisi perut dengan makanan panas korea
itu. Selalunya ia dimakan pada musim luruh dan sejuk. Sejenis ‘rice cake’
berkuah pedas.
Hari ini yang menjaga
kedai bukan Mak Limah.
Anak perempuannya yang aku kira mungkin sebaya kakak aku. Namun wajahnya kelihatan begitu muda. Biasalah perempuan Korea memang awet muda. Sekali ja aku pandang wajah dia, itupun ketika membuat pesanan.
Anak perempuannya yang aku kira mungkin sebaya kakak aku. Namun wajahnya kelihatan begitu muda. Biasalah perempuan Korea memang awet muda. Sekali ja aku pandang wajah dia, itupun ketika membuat pesanan.
Jaga
pandangan, Lah!
Bicaranya tidak
banyak. Pakaiannya juga begitu sopan. Aku kira kalau dipakaikan hijab, sesudah
sempurna auratnya ditutup. Pelanggan petang itu tidak ramai.
Mungkin kerana bukan
waktu makan tengahari. Jam sekarang pun sudah pukul 3.00 petang. Zuhur sudah
hampir ke penghujung. Mujur tadi masa rehat 10 minit antara kelas, kami sempat
keluar untuk solat.
Penat masih bersisa.
Semalam hari sukan anjuran persatuan pelajar di universiti kami. Ahli batch
yang tidak ramai membuatkan kami cepat ‘pancit’. Terpaksa menghabiskan semua
‘game’.
Takpa,
Muslim yang kuat kan lebih disayangi Allah.
“Mat, aku tak jadi
tau lepak main game kat rumah kau. Aku nak rehat. Lutut aku dah nak tercabut ni.”
“Jalan bebaik Lah.
Jalan tidur sambil berjalan pulak. Tiang lampu tu bukan tempat langgar kepala
kau.”
Lah segera berlalu ke
kaunter membuat bayaran.
“Ini bakinya encik.”
“Terima Kasih. Datang
lagi.”
Mat dan Lah
masing-masing pulang ke rumah.
Dalam perjalanan Lah
menyeluk sakunya.
Aik,
ni ada lebih 100 won ni?
Kakak
tu salah bagi ke?
‘Takpalah Lah, 100
won ja pun. Tak bankrap pun kedai Mak Limah tu kalau kau tak pulangkan.’ Suara
kecil berbisik.
Hati kecil dan akal
Lah berperang. Mahu diikut yang mana satu?
Akal
mengajak pulang, dia mahu tidur. Terlalu lenguh kakinya.
‘Kalau dekat okay la,
ni dah sampai depan pintu rumah kot.’
Hati mula berbolak
balik.
‘Argh, muslim kena
tunjukkan akhlak baik. Jadi contoh. Hak orang lain tak boleh diambil, itu zalim
namanya. Aku kena pulangkan jugak.’
Dengan badan yang
lenguh, langkah tetap digagahi. Kudrat berbaki memacu langkahnya.
“Kak ini bakinya.
Rasanya tadi terlebih bagi”
Kakak Korea itu
menitiskan air matanya.
“Sebenarnya saya
sudah lama tertarik dengan Islam.”
“Cuma saya perlukan
bukti yang lebih menguatkan hati saya.”
“Ibaratnya saya sedang
berdiri di tebing tinggi, saya mahu terjun ke dalam islam, cuma saya perlukan
sedikit tolakan.”
“Alhamdulillah, kini
saya yakin Islam ialah cara hidup yang paling benar. Akhlak islam sangat
menggugah hati saya.” Air mata mengalir di pipi diseka. Bibir mengukir senyum.
Dengan tenang dan
lancar, kalimat suci itu meluncur laju dari lidahnya.
“Aku naik saksi
bahawa tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah rasul Allah.”
Jantung aku
seolah-olah berhenti sedetik.
Ya
Allah, aku hampir menjual agamaMu dengan meninggalkan kejujuran. Walau harganya
cuma 100won.
Mata dipejam. Hati
terkesima. Air mata bertakung segera dikesat.
Allah.. Allah.. aku
janji. Aku akan berubah.
Apakah belum cukup
bukti kekuasaanMu untuk aku lebih beriman?
“Err.. encik orang
Malaysia kan?”
“Nanti boleh kenalkan
kawan perempuan Malaysia untuk ajar saya ISLAM?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan